17 June 2014

Minta Diajar Atau Minta Dibuatkan Kerjanya

Mila Jamil 17 June 2014,9:08 AM 1 comment
19 Sya'ban 1435H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Er,,macam ape je tajuk post ni...Entah ada yang paham ke tak...Hehehe...

Sebenarnya macam ni maksudnya...Si A mintak Si B ajarkan dia subjek yang Si A ni tak faham...Jadi,,Si B ni pun dengan baik hatinya fokuslah dekat Si A yang mintak diajarkan ni dengan penuh semangat lagi..Siap berhenti lagi dari buat perkara yang dia buat sebelum Si A ni sampai..

Ok,,sesi mengajar pun bermula...Si A ni plak,,bukan pro sangat dalam subjek yang Si B tak faham tadi tu tapi setakat nak tunjuk sikit-sikit tu boleh la..Tengah-tengah Si A ni explain dengan excitednya,,tetiba dia terpandangkan Si B ni bukan fokus dekat apa yang diterangkan tadi tapi sibuk bermesej dengan orang lain..Jadi,,Si A ni rase..'Budak ni suruh aku ajar ke suruh aku buat kerja dia ni?'..Si A ni rasa kemain lagi bengang..Penat-penat dia explain tapi macam cakap dengan tiang...Sakitnya hati!!!

Inilah yang berlaku dekat Mila dalam 2 ke 3 hari ni...Mila bukan terror sangat dengan subjek-subjek yang dia tanya tu tapi setakat sedang-sedang je lah..Pastu nanti dalam 2 3 hari sebelum exam dia gelisah tak gelisah..Nanti dia tanyalah..'Mila,,macam mana ni?'.Tak pun 'Mila,,kau tak takut ke nak exam ni?'..Dalam hati cakap..'Owh,,pandai pulak nak rasa takut bagai..Masa aku explain hari tu kau buat aku macam orang gila,,cakap sorang-sorang'..Dah time terdesak macam tu baru tau takut..Time kita explain,,terangguk-angguk je kepala tapi mata ngan tangan dekat handphone...

Lagi-lagi kalau tanya pasal akaun..Datang tanya kita hanya bawa soalan sahaja..No pencil,,no draft paper,,and NO CALCULATOR!!!.Geram tak..Nak tanya akaun tau,,bukan tanya sejarah atau bahasa melayu..Pastu mencari pensel kita,,mencari kertas conteng kita,,mencari calculator kita..Macam apa je..Mila tak kesah tapi kita takkan rasa semangat dia nak faham apa yang dia tak paham...

Lagi satu,,belum baca soalan dah tanya macam mana nak buat..Allah!.rasa macam nak lempang je..'Kau nak aku tunjukkan ke atau nak aku buatkan kerja kau..Aku tak kesah kalau kau suruh aku buat tapi bazir masa kau je la suruh aku ajarkan..Kau untung masa pendek,,aku untung masa panjang.'

Tapi,,bila ngadu kat mak..Satu je mak pesan..Kita berkawan memang macam tu..Tak semua anggap kita sebagai kawan dan ada yang anggap kita ni sebagai satu platform untuk dia ambil kesempatan je..Masa ni lah kita boleh tahu siapa kawan yang boleh buat susah senang,,siapa kawan yang hanya dekat tepi jalan je..Tapi,,adab berkawan tetap kena jaga walau macam mana sekalipun...Bila dah jauh dari parents,,kita akan perlukan kawan...kan...

Allah...Rasa lagi senang tak berkawan pun ada..Tapi bila pikirkan kita sebenarnya perlukan dorang,,terpaksa tahankan juga rasa hati ni...Sedih ada kawan macam ni...

Sabar je la selagi mampu..Jangan kata sabar itu ada batas kerana sabar itu tidak terbatas tetapi manusia yang membataskannya...Walllahu'alam...
Alangkah indahnya persahabatan andai tiada pihak yang mengambil kesempatan atas dasar kepentingan diri...