26 February 2013

The Longest Giveaway Ever by Ain

Mila Jamil 26 February 2013,10:01 AM 10 comments
15 Rabiul Akhir 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kunyah keropok dengan gigi, 
Kunyah bersama dengan si Nani, 
Menaip entry pagi-pagi lagi,
Semata-mata nak join ini...

Anak Pak Mat bernama Wasini,
Baru berusia 2 bulan,
Tak pernah tengok giveaway sebegini,
Punyalah panjang 10 bulan...

Dulang penuh lagikan sarat,
Sarat dengan ketupatlah palas,
Dah nama pun giveaway mesti ada syarat,
Scroll lah bawah jangan malas...

Balut cempedak gunalah kain,  
Mengelakkan ia menjadi busuk,
The Longest Giveaway Ever by Ain,
Perkataan yang perlu menjadi tajuk...

Beg yang berat tetap digalas,
Hampir tersungkur di tepi kali,
Lekatkan banner janganlah malas,
Jangan lupa backlink nya sekali...

Bawak kereta terlalulah slow, 
Sambil memandu air liur meleleh,
Blog dan twitter admin mesti follow,
Kalau sudi like fanpage pun boleh...

 Pergi ke kedai mencari burger,
Asalnya dipesan membeli tauhu,
Jangan lupa tag 3 blogger,
Tapi pastikan mereka tahu...

Berjalan kaki ke rumah nyonya,
Berjalan bersama dengan Anita,
Jangan lupa tentang hadiahnya,
Sangat awesome terjojol biji mata...

Hendak berjalan terasa segan,
Padahal hanya dekat pekan,
EXCLUSIVE TOP ,,ACSSESORIES ,, CARDIGAN,
Sangat menarik dan awesome,,kan...

Turun ke ladang hendak membaja,
 Membaja diteman oleh Suhada,
Hadiah bukan setakat itu sahaja,
Hadiah misteri dan diskaun pun ada...

Berudu kecil hendak dicari,
 Berudu dicari di sekitar sawah,
Admin memilih berdasarkan kategori,
Nak tau kategori scroll lah bawah...

Pat-Pat siku lipat,
Siapa cepat dia dapat,
Top refferal dan tag terbanyak dapat,
Entry kreatif dapat random.org pun dapat,

Pergi menjala bersama Mahat,
Menjala dengan menaiki perahu,
Kata admin kene ada nasihat,
Teruskan baca barulah tahu...

Hey,,Little Girl!
Not everything that is faced can be changed...but nothing can be changed until it is faced...
Everyone is kneaded out of the same dough but not baked in the same oven...
Prove them that although you were kneaded out by an ordinary dough,,but you have been baked in branded oven and become a tastiest cookies...

TAG:
|| http://watasin.blogspot.com || 
|| http://www.aqilafarah.my ||

|| http://smilewashere.blogspot.com ||


p/s : Maaf kalau speaking macam bajet minah saleh...Hehehe....Btw,,practise make perfect kan...



1th BOMBASTIC Giveaway by Cik Amabee

Mila Jamil ,4:08 AM 1 comment
15 Rabiul Akhir 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



SYARAT PENYERTAAN:
 Warganegara Malaysia- Mempunyai Blog-Diwajibkan Follow blog admin, 
 Fanpage admin dan wajib Follow dan Like para sponser
 Buat Entry Bertajuk "1th Bombastic Giveaway By Cik Amabee" dan letak banner cincai ini pada entri anda
 Tag sekurang kurangnya 3 orang , kalau lebih lagi bagus :)

PEMILIHAN PEMENANG:
 Tempat pertama : Top referral (boleh pilih mana mana hadiah)
 Tempat kedua : cabutan tangan
 Tempat ketiga dan seterusnya : Pak cik Random .
 Orang pertama dan yang terakhir join akan mendapat hadiah misteri dari Cik Amabee  :)

HADIAH-HADIAH:
Click Sini

TAG:
http://therhockers.blogspot.com
http://bloggua-tieqa.blogspot.com
http://ordinaryalyaa.blogspot.com

Cepat lah kita semua join ramai-ramai!!!




21 February 2013

Ada Kalanya

Mila Jamil 21 February 2013,3:53 PM No comments
10 Rabiul Akhir 1434H

بِسْــــــــــــــــمِ
 اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ada kalanya...
Kuingin sekali tersenyum
mengenang wajahmu dan manis senyummu
kembali memutar kenangan lalu
beriak tenang di tasik hatiku...

Ada kalanya... 
Kuingn sekali membelai harapan
mewarna impian yang kian lama tercipta
mengubah jaluran pelangi milik kita...

Namun,,ada kalanya...
Kutakut segalanya tidak terealisasi
sekadar angan-angan dan mimpi di siang hari
kutakut air mata kan gugur lagi...

Teman...
Perasaan apakah yang berputik ini?
Hingga mengocak hebat tasik emosiku?
Hingga lenaku sarat dengan mimpi?

Kusangsi...
Di mana letaknya bahagia?
Cukupkah sekadar dengan bersandiwara
seperti tiada getar di dalam rasa
seperti tiada ukhuwah di dalam hati...

Sukarnya meluah rasa hati
payahnya akal munyusun kata
saat bila kan terlaksana
ukhuwah ini adakah kesudahannya?



14 February 2013

Topup Giveaway By Syiera

Mila Jamil 14 February 2013,1:37 AM No comments
03 Rabiul Akhir 1434H

بِسْــــــــــــــــمِ
 اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



SYARAT PENYERTAAN:
 Buat entry bertajuk  "Topup Giveaway By Syiera" berserta banner di atas.
 WAJIB LIKE PAGE INI (akan diperiksa)
 WAJIB FOLLOW twitter syiera untuk updates. (mention for follow back)
 Sila tinggalkan link entry GA ini di kotak comment bersertakan dengan ID facebook korang okay =)

HADIAH: 
 TEMPAT PERTAMA: RM15 TOPUP x1
 TEMPAT KEDUA: RM10 x1
 TEMPAT KETIGA: RM5 x1
 PENAMBAHAN HADIAH SAGUHATI: REVIEW BLOG x10

Keputusan dibuat menggunakan encik random.

Tarikh tutup :  4 MARCH 2013

Jom join ramai ramai. *PROMOTE CEPAT* 



Asal Usul Solat Lima Waktu

Mila Jamil ,12:18 AM No comments
03 Rabiul Akhir 1434H

بِسْــــــــــــــــمِ
 اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



SOLAT SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam AS iaitu tatkala baginda keluar daripada Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa taku yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar,,Nabi Adam AS pun bersembahyang 2 rakaat...
 Rakaat Pertama: Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam...
 Rakaat Kedua    : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma...

SOLAT ZUHUR
Orang yang pertama mengerjakan solat zuhur ialah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya,,Nabi Ismail AS. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,,lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat kali...
 Rakaat Pertama: Bersyukur bagi tebusan...
 Rakaat Kedua    : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya...
 Rakaat Ketiga    : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah...
 Rakaat Keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas...


SOLAT ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan baginda di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus AS lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan...
 Rakaat Pertama : Kegelapan daripada kesalahan...
 Rakaat Kedua     : Kegelapan dengan air laut...
 Rakaat Ketiga     : Kegelapan dengan malam...
 Rakaat Keempat : Kegelapan dengan perut ikan Nun...

SOLAT MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari pada kejahilan dan kebodohan kaumnya,,sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurlah Nabi Isa AS lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada perkara tersebut..
 Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah SWT...
 Rakaat Kedua     : Untuk menafikan tuduhan ke atas ibunya,,Siti Mariam...
 Rakaat Ketiga     : Untuk meyakinkan kaumnya akan keesaan Allah SWT...

SOLAT ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa AS iaitu tatkala baginda telah tersesat mencari jaln keluar dari negeri Madyan,,sedangkan dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacitanya itu. Pada waktu isyak yang akhir,,lalu bersembahyanglah Nabi Musa AS empat rakaat sebagai tanda bersyukur...
 Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya...
 Rakaat Kedua     : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun AS...
 Rakaat Ketiga     : Dukacita terhadap Firaun...
 Rakaat Keempat : Dukacita terhadap anak Firaun...


 Jadi,,berusahalah untuk memenuhi kesemua lima waktu ini sebaik mungkin...Hargailah usaha dan penat lelah Nabi Muhammad SAW yang turun naik di beberapa langit ke Sidratul Muntaha...



03 February 2013

Fivers Hijabis Giveaway II

Mila Jamil 03 February 2013,11:22 PM No comments
TAMAT

22 Rabiul Awal 1434H

بِسْــــــــــــــــمِ
 اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Erm,,hari ni rajin plak nak join contest...Ni second contest yang admin buat...Dulu masa first giveaway ni,,Mila tak sempat nak join...Jadi,,dah ada peluang mana boleh lepas lagi.. 

SYARAT PENYERTAAN:
 Wajib Follow blog admin dan like fanpage baru admin *bagi fanpage tiada paksaan*
 Buat entry " Fivers Hijabis Giveaway II " , letak banner kat atas tu dalam entry korang dan backlink ke entry admin.
 Tag 2 orang rakan blogger *pastikan mereka tahu*
 Berikan sedikit pendapat/quotes tentang Hijab. Contoh : I Love Hijab *pendek pun dah cukup. Apa susah google je kan senang. *SUNAT (tak nak buat pun x pe)*
 Letak link entry di comment box admin

PEMILIHAN PEMENANG :
 Cabutan Bertuah (Random.org / Cabutan Tangan)
 Tag paling ramai  *pastikan mereka semua tahu*
 25 Peserta terawal
 Quotes paling menarik

Due date: 10 Februari 2013...

TAG:
 http://www.fatindiana.com
 http://umikasum.blogspot.com


Women should not be the moon which everyone see uncovered,,but.....Women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it...


Lelaki kalau nampak yang terdedah "jom lepak"..nampak yang tertutup, *jom nikah*...