03 Rabiul Akhir 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
SOLAT SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam AS iaitu tatkala baginda keluar daripada Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa taku yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar,,Nabi Adam AS pun bersembahyang 2 rakaat...


SOLAT ZUHUR
Orang yang pertama mengerjakan solat zuhur ialah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya,,Nabi Ismail AS. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,,lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat kali...




SOLAT ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan baginda di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus AS lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan...




SOLAT MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari pada kejahilan dan kebodohan kaumnya,,sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurlah Nabi Isa AS lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada perkara tersebut..



SOLAT ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa AS iaitu tatkala baginda telah tersesat mencari jaln keluar dari negeri Madyan,,sedangkan dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacitanya itu. Pada waktu isyak yang akhir,,lalu bersembahyanglah Nabi Musa AS empat rakaat sebagai tanda bersyukur...




Jadi,,berusahalah untuk memenuhi kesemua lima waktu ini sebaik mungkin...Hargailah usaha dan penat lelah Nabi Muhammad SAW yang turun naik di beberapa langit ke Sidratul Muntaha...
No comments:
Post a Comment
Baca je?.Tak Nak Komen Ke?