27 December 2012

'Edit' Blog

Mila Jamil 27 December 2012,6:24 PM 2 comments
13 Safar 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Huhu...Hari ni penat plak rasanya sebab edit balik design blog sendiri...Haha,,actually tukar warna je...Dari warna hijau kepada coklat...Entah,,tetibe rase nak tukar...

Yelah,,maklumlah kita ni kan manusia...Cepat boring dengan yang sedia ada...

TAPI,,Sha boring dengan barang-barang je ye...Bukan yang lain-lain tu...


Ha....ni dulu warna blog Sha...Tak ingat pulak dah berapa lama pakai warna hijau ni...Adalah dalam lebih lima ke enam bulan...





Erm,,yang ni plak warna baru setelah diedit tadi...


  


Haha,,dah boleh dah nak main code-code ni...Huhu,,rase seronok plak main dengan 'code'ing...



06 December 2012

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

Mila Jamil 06 December 2012,2:41 AM No comments
TAMAT
[22 Muharram 1434H]
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah,,exam semua dah lepas...Tak payah dah lah dating dengan buku lagi...Baru sekarang ade rase teringin nak masuk contest...Yelah,,dulu buzy dengan perikse itulah inilah...Hehe,,sekarang dah free...

Tadi,,tetengah search google,,terjumpa plak contest ni...Nampak cam best je...Jadi,,Mila joinlah...Hadiahnya best plak tu...Lagipun lambat lagi due date dia...
17 Disember 2012,,11:59 pm.


Hadiahnya...

>Hadiah Pertama<
Sehelai Julie Halfmoon Beads Shawl By Hijab Seekers

Geram betul Mila tengok labuci dia...Bersinar-sinar mata sekejap...

>Hadiah Kedua<
Tambah Nilai (top up) RM 30 ke telco Celcom,,Maxis,,Digi

>Hadiah Ketiga<
Tambah Nilai (top up) RM 10 ke telco Celcom,,Maxis,,Digi

>Hadiah Pemenang Bertuah< 
Review blog 2x pemenang oleh djdanchef

Nak tau lebih lanjut tentang contest ni,,click la banner tu...

Nota kaki : Mila dah buang dah link banner tu sbb link tu da jadi broken link.





05 December 2012

Rintihan Rasulullah

Mila Jamil 05 December 2012,1:39 AM No comments
21 Muharram 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ya Allah...

KepadaMu sedikitnya Kemampuanku,,

Serta kehinaanku dihadapan manusia...

Wahai sebaik-baik Pemberi Kasih Sayang,,

Engkaulah Tuhan orang-orang yang yang lemah,,

Dan Engkau adalah Tuhanku,,

Kepada siapakah Engkau serahkan diriku..

Kepada orang yang jauh yang menggangguku,,

Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,,

Asalkan Engkau tidak marah kepadaku,,

Akan tetapi,,

KemurahanMu jauh lebih luas bagiku...

Aku berlindung dengan Cahaya WajahMu,,

Yang akan menerangi seluruh kegelapan,,

Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan,,

Dunia dan akhirat,,

Untuk melepaskan aku dari marahMu,,

Atau menghilangkan murkaMu dariku...

Hanya padaMu aku merintih berharap mendapatkan keredaanMu,,

Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali denganMu...


03 December 2012

Layangan Rindu Buatmu Teman

Mila Jamil 03 December 2012,1:51 AM No comments
19 Muharram 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Angin,,

Jika kau berhembus lembut melaluinya,,

Bisikkan padanya,,

Aku teman dia selamanya.....

Air,,

Jika kau mengalir jernih di sisinya,,

Katakan padanya,,

Aku mohon maaf atas segalanya.....

Burung,,

Jika kau terbang bebas melintasinya,,

Sampaikan ini padanya...

KITA DIPERTEMUKAN ATAS TAKDIR ALLAH...

KITA BERSAMA ATAS KASIH PERSAUDARAAN...

DAN...

DIPISAHKAN KERANA BATAS WAKTU...

NAMUN...

KASIH KITA SUBUR BERPANJANGAN...

Meski kita jarang bersama,,

Tapi...

Doa yang kupanjatkan untukmu,,

Tidak pernah putus dari bibirku..


02 December 2012

Mengapa Mengeluh

Mila Jamil 02 December 2012,2:00 AM No comments
18 Muharram 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya...

Kita bertanya: KENAPA AKU DI UJI?
Quran menjawab: "APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAJA MENGATAKAN,,'KAMI TELAH BERIMAN' SEDANGKAN MEREKA TIDAK DIUJI? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI ORANG2 YANG SEBELUM MEREKA,, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI ORANG2 YANG BENAR,, DAN SESUNGGUHNYA DIA MENGETAHUI ORANG2 YANG BERDUSTA"
Surah al-Ankabut,,ayat 2-3

Kita bertanya: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Quran menjawab: "BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU,, DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU,, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU. ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI."
Surah al-Baqarah,,ayat 216

Kita bertanya: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Quran menjawab: "ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA."
Surah al-Baqarah,,ayat 286

Kita bertanya: KENAPA KITA RASA FRUST?
Quran menjawab: "JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH,, DAN JANGANLAH PULA KAMU BERSEDIH HATI,, PADAHAL KAMULAH ORANG2 YANG PALING TINGGI DARJATNYA,, JIKA KAMU ORANG2 YANG BERIMAN."
Surah Ali Imran,,ayat 139

Kita bertanya: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Quran menjawab: "DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG,, DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMAT BERAT KECUALI BAGI ORAG2 YANG KHUSYUK."
Surah al-Baqarah,,ayat 45

Kita bertanya: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Quran menjawab: "CUKUPLAH ALLAH BAGIKU,, TIDAK ADA TUHAN SELAIN DARIPADANYA. HANYA KEPADANYA AKU BERTAWAKAL."
Surah at-Taubah,,ayat 129

Kita bertanya: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA UJIAN INI?
Quran menjawab: "SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARIPADA ORANG2 MUKMIN,, DIRI DAN HARTA MEREKA DENGAN MEMBERIKAN SYURGA UNTUK MEREKA."
Surah at_taubah,,ayat 111

Kita bertanya: SAMPAI BILA AKU AKAN MERANA BEGINI?
Quran menjawab: KERANA SESUNGGUHNYA SESUDAH KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN. SESUNGGUHNYA SESUDAH KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN."
Surah al-Insyirah,,ayat 5-6

Kita berkata: AKU TAK TAHAN!
Quran menjawab: ".....DAN JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH. SESUNGGUHNYA TIADA BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH MELAINKAN KAUM YANG KAFIR."
Surah Yusuf,,ayat 12

SUDAH! JANGAN MENGELUH LAGI. PERGI BACA QURAN.


30 November 2012

Persoalan Tentang Cinta

Mila Jamil 30 November 2012,2:12 AM No comments
16 Muharram 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Saat si dia mula menapak ke arahmu...

Adakah tapak tangan kita berpeluh,,
hati kita berdebar-debar,,
dan suara kita tersekat di dada?
ITU BUKAN CINTA,,ITU SUKA...

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan darinya,,
merasakan hanya dia ingin kita lihat,,
dan kita enggan memandang yang lain?
ITU BUKAN CINTA,,ITU NAFSU...

Adakah kita mencintainya kerana itu yang diinginkan semua orang,,
hanya mengikut seperti yang lain,,
dan mahukan seseorang yang ajnabi?
ITU BUKAN CINTA,,ITU KEMAHUAN...

Adakah kita tetap mengatakan bahawa kita mencintainya,,
kerana tidak ingin hatinya dilukai,,
dan hatinya ditipu,,dianiaya?
ITU BUKAN CINTA,,ITU BELAS KASIHAN...

Adakah kita terangan-angan menjadi miliknya,,
kerana pandangan matanya membuat hati kita terlompat-lompat,,
dan terasa seluruh dunia hanya milik kita dan dia?
ITU BUKAN CINTA,,ITU TERGILA-GILA...

Adakah kita memaafkannya kerana kita mengambil berat akannya,,
tidak ingin perasaannya terluka,,
seolah-olah ianya menunjukkan tulusnya perasaan kita terhadapnya?
ITU BUKAN CINTA,,ITU PERSAHABATAN...

Adakah kita mengatakan padanya bahawa hanya dia yang kita fikirkan,,
tidak ingin walau seorang pun bertapak di hati,,
seolah-olah dia hanya menjadi milik kita?
ITU BUKAN CINTA,,ITU DUSTA...

Adakah kita rela memberikannya semua perkara yang kita sayang,,
sebagai tanda terpatrinya janji HAK KU,,HAK MU..HAK MU,,HAK KU...
hanya untuk kepentingan dirinya?
ITU BUKAN CINTA,,ITU KEMURAHAN HATI...

Hakikatnya,,CINTA ITU SATU BICARA YANG SUCI YANG DILAFAZKAN SAAT IJAB KABUL TERLAFAZ. KETIKA ITULAH CINTA DIPANDU HANYA KERANA-NYA...



28 November 2012

Diet VS Fakta

Mila Jamil 28 November 2012,2:15 AM No comments
14 Muharram 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Terasa berat badan dah naik? Jeans lama-lama dah tak boleh pakai? Fakta ni Mila dapat dari satu majalah ni... Cuba,,jangan tak cuba. Senang je. Asal ade semangat yang kuat. Chayok!


 Minum air sebelum makan. Nanti kita akan rasa cepat kenyang. Jadi,,taklah makan banyak.


 Do something! Cuba cari gambar-gambar wanita  atau baju yang langsing. Kemudian,,gunting dan tampalkan mana-mana tempat yang selalu ditengok. Tapi,,janganlah sekadar tengok! Tanamkan azam..'aku mesti boleh'.


 Belajar sukakan rempah ratus....Tak suka?? Jangan! Rempah ratus ini mampu jadi ejen pembakar lemak tau. Jangan tak tahu!


 Tidur yang mencukupi. Secara automatik,,kita akan kurang makan. Jadi,,kita takkan buat no. Lagipun tak adalah kita jadi panda pulak kan.. Hehehe...


 Buat senarai barang dulu bile nak beli barang especially makanan. Ni mesti kena buat! Kalau tak,,nanti terbeli barang yang tak perlu yang boleh buat badan kita naik... Bila dah beli,,baru tahu menyesalnye aku beli makanan ni..


 Stay away from complexs carbohydrate! Jangan sentuh roti,,alkohol. Bahaya!


 Jauhi Supper a.k.a makan tengah malam. Makanan tadi akan jadi lemak kerana sumber tersebut tidak digunakan sebagai tenaga. Jadi,,jangan ambil risiko ye.


 Breakfast a.k.a sarapan. Ouh..don't you dare to forget your breakfast! Kita kan nak buat aktiviti pada siang hari. Jadi,,kalau tak sarapan,,macam mana kita nak ada tenaga untuk buat semua aktiviti itu. Nanti pengsan ke takpun gastrik ke,,kan da jadi masalah lain pulak....


 Makan dalam pinggan yang kecil. Jangan tak percaya! Ini fakta! Bila kita makan dalam pinggan kecil,,secara automatik,,kita akan nampak bahawa kita ambil makanan yang banyak padahal sikit je....
Itulah namanya halusinasi. Jadi,,kita akan rasa cepat kenyanglah.


Kurangkan makan makanan ringan atau ais krim yang boleh buatkan kita banyak mengunyah.


Amacam? Thrill tak diet ni? Siapa-siapa yang nak berdiet tu,,kena kuat semangat. Yakin diri boleh! Mila harap ada yang berjaya bila ikut entry Mila ni....Huhuhuhu....Good Luck!