Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Saat si dia mula menapak ke arahmu...
Adakah tapak tangan kita berpeluh,,
hati kita berdebar-debar,,
dan suara kita tersekat di dada?
ITU BUKAN CINTA,,ITU SUKA...
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan darinya,,
merasakan hanya dia ingin kita lihat,,
dan kita enggan memandang yang lain?
ITU BUKAN CINTA,,ITU NAFSU...
Adakah kita mencintainya kerana itu yang diinginkan semua orang,,
hanya mengikut seperti yang lain,,
dan mahukan seseorang yang ajnabi?
ITU BUKAN CINTA,,ITU KEMAHUAN...
Adakah kita tetap mengatakan bahawa kita mencintainya,,
kerana tidak ingin hatinya dilukai,,
dan hatinya ditipu,,dianiaya?
ITU BUKAN CINTA,,ITU BELAS KASIHAN...
Adakah kita terangan-angan menjadi miliknya,,
kerana pandangan matanya membuat hati kita terlompat-lompat,,
dan terasa seluruh dunia hanya milik kita dan dia?
ITU BUKAN CINTA,,ITU TERGILA-GILA...
Adakah kita memaafkannya kerana kita mengambil berat akannya,,
tidak ingin perasaannya terluka,,
seolah-olah ianya menunjukkan tulusnya perasaan kita terhadapnya?
ITU BUKAN CINTA,,ITU PERSAHABATAN...
Adakah kita mengatakan padanya bahawa hanya dia yang kita fikirkan,,
tidak ingin walau seorang pun bertapak di hati,,
seolah-olah dia hanya menjadi milik kita?
ITU BUKAN CINTA,,ITU DUSTA...
Adakah kita rela memberikannya semua perkara yang kita sayang,,
sebagai tanda terpatrinya janji HAK KU,,HAK MU..HAK MU,,HAK KU...
hanya untuk kepentingan dirinya?
ITU BUKAN CINTA,,ITU KEMURAHAN HATI...
Hakikatnya,,CINTA ITU SATU BICARA YANG SUCI YANG DILAFAZKAN SAAT IJAB KABUL TERLAFAZ. KETIKA ITULAH CINTA DIPANDU HANYA KERANA-NYA...