21 October 2013

Mini giveaway by Arni & Fatin Diana

Mila Jamil 21 October 2013,9:54 PM 2 comments
TAMAT
16 Zulhijjah 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



KLIK BANNER UNTUK JOIN !!



 Giveaway ini dianjurkan oleh :
 Arni Nazira
 Fatin Diana

 Disponsor oleh :
 Alyaa
 Xiey Pop
 Nur Farahain
 NurulHuda
 Wanie
 Khadijah
 Munirah

 Senarai hadiah yang awesome !
 Brooch x2
 Mini diary book x2
 Brooch x2
 RM5 voucher untuk 10 pemenang di KNZeq.SHOP
 Top up 10 x2
 Bookmark x2
 3 unit fridge magnet x3
 Top 10 X2
 Button badge x3
 Top up 10 x2

Giveaway tamat 27 October 2013

Jom meriahkan giveaway ini !

19 October 2013

Aku Pencinta Bisu

Mila Jamil 19 October 2013,5:27 PM 1 comment
14 Zulhijjah 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pada lembut angin bayu
Aku bisikkan kebisuan hati
Tanpa kata tanpa suara
Menghurai segala isi terpendam...

Lelahku berlari melangkah pergi
Setelah hatiku dirobek kejam
Tubir mata dikoyak tanpa belas
Kesetiaan pecah hancur berkecai
Tersungkur aku di persimpangan dilema
Antara semalam atau esok
Lalu kubangkit menongkat semangat
Setelah rebah dari keperitan semalam...

Kolam hatiku yang dulunya tenang
Kini dikocak dengan satu kehadiran
Kehadiran yang langsung tidak kuundang
Kehadiran yang menderaskan detak jantungku
Kehadiran yang membunuh ketenanganku
Kehadiran yang hanya bermula daripada mimpi
Menyatakan bahagia dengan harapan
Melukis senyuman mengaburi parut semalam
Berharap kau hadir di setiap mimpi...

Kudongakkan pandangan ke dada langit
Pekat malamnya sesuram hatiku
Terobek kembali parut semalam
Terkoyak kembali tubir mata
Terbayang aku terhadap penerimaanmu
Akan ikhlaskah kau menerima kekuranganku?
Akan tuluskah kasihmu setulus kasih ayahku?
Akan mampukah kau menjadi imam idamanku?
Tetapi hatiku nyaring berbisik
Takkan ada kita di masa hadapan
Dikau raja di atas takhta
Daku inang tidak terpandang olehmu
Terjulang engkau meninggi ke atas
Terbenam aku ditimbus kehinaan...

Mengertilah wahai kasih
Cinta ini sukar kularang
Kubiar menjadi cinta terpendam
Tenggelam tertimbus ke dasar hati
Biarlah lirikan mata menjadi bicara hati
Biarlah hembusan bayu menjadi bisikan rindu
Biarlah doa menjadi warkah cinta
Meski derita tidak tertanggung
Kerana aku bahagia begini
Menjadi seorang pencinta yang bisu...




18 October 2013

Usahawan,,Minat Atau Terpaksa

Mila Jamil 18 October 2013,1:06 PM 1 comment
13 Zulhijjah 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Faktor Utama Menjadi Usahawan
 Mahu meningkatkan pendapatan
 Mahu memantapkan kedudukan kewangan
 Berkeinginan untuk hidup sempurna dan bahagia

Ciri-Ciri Seorang Usahawan
 Beriman
 Minda yang kuat dan berpikiran positif
 Cermat dan berjimat
 Keyakinan dan semangat yang kuat serta azam yang tinggi
 Menepati janji
 Berdaya saing secara sihat dan rajin
 Menepati waktu dan mampu mengurus masa dengan baik
 Mempunyai ilmu,,maklumat,,kemahiran dan pengalaman
 Kesabaran yang tinggi
 Keikhlasan dan kejujuran
 Tabah menghadapi jatuhnya seorang usahawan
 Amanah dan berintegriti
 Bersyukur dan meningkatkan usaha
 Berdisiplin dan beristighfar
 Mempunyai kredibiliti ( kebolehpercayaan )
 Perbanyakkan Solat Dhuha
 Hubungan baik sesama manusia
 Ramai kenalan dan rakan
 Kreatif dan berinovatif
 Tolong menolong dan prihatin antara satu sama lain

Faktor Pemilihan Perniagaan
 Minat
 Potensi berdaya maju
 Berpengetahuan dan berkemahiran
 Mampu berdaya tahan