07 November 2013

Makan Buah?!.Alamak!!!

Mila Jamil 07 November 2013,10:54 PM 2 comments
03 Muharram 1435H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



 Kiwi
Sangat kecil tetapi gagah. Mengandungi 2x ganda jumlah vitamin C berbanding oren serta mempunyai 2x ganda vitamin E berbanding avocado dan hanya separuh kalori berbanding buah yang lain.

 Tembikai
Mampu menghilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air dan mengandungi vitamin A,,kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan pembuangan air kecil.

 Epal
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia seterusnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukan lemak dalam badan.

 Pisang
Memberi tambahan sokongan tenaga yang sangat banyak. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit! Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa,fruktosa dan glukosa yang amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

 Strawberi
Warna merah pada strawberi yang sudah masak ada sebabnya. Ini kerana buah ini mempunyai khasiat yang sangat banyak dan menyimpan nutrisi yang luar biasa. Selain itu, ia juga kaya dengan serat, rendah kalori dan mengandungi vitamin C dan mampu menyusutkan kadar kolesterol dalam badan.

 Oren
Mengambil dua atau empat biji oren sehari boleh menjauhkan selsema, mengurangkan kolesterol, mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang. Buah yang kaya dengan vitamin C dan juga mengandungi karbohidrat, kalsium dan mineral. Ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.

 Buah naga
Buah naga mengandungi 80% air dan kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal. Buah naga merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Ia juga sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah serta memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi.

So,,jangan malas-malas makan buah ea...




2 comments:

Baca je?.Tak Nak Komen Ke?