14 February 2014

Peraturan Bersahabat Sejati

Mila Jamil 14 February 2014,11:03 PM No comments
13 Rabiul Akhir 1435H
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dalam persahabatan, janganlah sekali-kali menjadi talam dua muka ataupun tikam dari belakang. Macam percintaan jugalah, persahabatan memerlukan kejujuran dan keikhlasan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa persahabatan ini juga ada peraturannya.

 PERLU

Sikap hormat menghormati
Sikap ini perlu diterapkan oleh kedua-dua pihak dan bukannya hanya sebelah pihak sahaja. Dengan ini, masing-masing akan tahu menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain, sudah tentu orang lain juga akan menghormati kamu.

Berfikir positif
Dalam persahabatan, masing-masing harus ber fikiran positif dan sedia menerima kelebihan dan kelemahan antara satu sama lain. Sahabat yang sejati perlulah berani menerima teguran sebagaimana sahabatnya itu berani memberikan kamu teguran. Teguran itu tandanya sayang.

Belajar antara satu sama lain
Dalam persahabatan, pelbagai pengalaman yang akan kamu peroleh samada ianya manis ataupun pahit. Belajarlah daripada satu sama lain agar pengalaman dan pengetahuan baru dapat diperoleh setiap hari. Dengan ini, kematangan dalam menghadapi kesusahan mahupun membuat keputusan sukar akan dapat dipupuk.

 JANGAN

Menghancurkan ikatan persahabatan
Janganlah hanya kerana masalah remeh-temeh menjadikan kamu dan sahabat memutuskan persahabatan. Kamu perlu bijak berkomunikasi dan saling berbincang dari hati ke hati dalam usaha memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah.

Cemburu
Sifat ini harus dilontarkan jauh-jauh. Tidak semestinya kamu bersahabat, maka setiap masa kamu perlu berkepit. Bersedialah menerima minat-minat lain sahabat kamu itu dengan hati terbuka tanpa perasaan cemburu ataupun memusnahkan minatnya itu.

Menyempitkan fikiran
Janganlah sempitkan fikiran kamu dengan pemahaman mahupun kepercayaan kamu sendiri. Sebaliknya, kamu perlu menghargai dan menghormati pendapat serta pandangan orang  lain. Paling tidak pun, jadilah seorang pendengar yang baik.

Talam dua muka
Sikap ini harus dielakkan walau dalam apa hubungan sekalipun… Sebaliknya kamu perlu mengamalkan sikap jujur dan ikhlas. Dengan sifat ini, takkan ada hati dan perasaan yang terluka kerana sikap kamu itu. Hakikatnya, biarlah derita dalam kebenaran daripada bahagia dengan penipuan.

Campur adukkan masalah
Dalam persahabatan, janganlah campur adukkan masalah-masalh yang kamu hadapi dalam persahabatan. Memang betul kamu boleh meluahkan perasaan dan isi hati antara satu sama lain, tetapi jangan sampai sahabat kamu itu turut rasa terbeban dengan permasalahan yang sedang kamu alami.


 Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity…




IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Mila Jamil ,3:35 PM 3 comments
TAMAT
13 Rabiul Akhir 1435H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



SYARAT PENYERTAAN: 
 Blogger yang menetap di Malaysia. 
 Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014". 
 Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry. 
 Letak link sponsor dalam entry. 
    Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
    Awanazstyle Muslimah Shop
    The Veil By Ruzaini Rozlan
    Scarf Sweethoney
    Naylisha Boutique
    Huda Collections
    Ecadwinkyasha
    Rozaimah Zie
 Hantar link entry ke kotak komen entry asal. 




12 February 2014

Rendah Diri,,Kelebihan atau Kelemahan

Mila Jamil 12 February 2014,9:11 PM No comments
11 Rabiul Akhir 1435H
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Usia remaja penuh dengan pancaroba. Masa inilah remaja mula mencari identiti diri. Walau bagaimanapun, ramai remaja yang mengalami pelbagai perselisihan faham dengan keluarga khususnya ibu bapa kerana keinginan dan kehendak mereka ditentang dan dikongkong. Malah,ada juga yang terus tenggelam dalam rasa rendah diri yang kronik kerana dikongkong oleh ibu bapa. Jadi, ia akan membuatkan remaja itu rasa lebih rendah dengan orang yang di sekelilingnya.

FAKTOR PENYEBAB:
 Faktor dalaman
    Cacat
    Kurang cerdas
    Genetik
 Faktor luaran
    Pengaruh persekitaran
    Keluarga
    Sekolah
    Pergaulan

CIRI-CIRI:
 Suka menyendiri
 Takut diapa-apakan oleh orang  lain
 Terlalu berhati-hati ketika berhadapan dengan orang lain sehinggakan pergerakannya kelihatan kaku
 Pergerakannya agak terbatas, seolah-olah sedar yang dirinya mempunyai banyak kekurangan
 Berasa curiga terhadap orang lain
 Tidak percaya bahawa dirinya memiliki kelebihan
 Sering menolak apabila diajak ke tempat-tempat yang ramai orang

CARA MENGATASI:
 Belajar mengenal diri sendiri
 Belajar menerima sebarang cadangan atau kritikan terhadap kamu
 Cuba aplikasikan kelebihan dirimu ke tahap maksimum
 Bersedia untuk menerima dan mengakui bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan
 Sentiasa berfikiran positif terhadap diri dan orang lain
 Cuba luaskan pergaulan
 Cuba sibukkan diri dengan mengikuti sebarang aktiviti sihat

 Rendah diri perlu ada dalam diri tapi biarlah berpada supaya orang tak pijak kepala kita...




02 February 2014

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Mila Jamil 02 February 2014,5:00 PM No comments
TAMAT
02 Rabiul Akhir 1435H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



SYARAT PENYERTAAN:   
Buat satu entry bertajuk Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog.
Follow Blog
Like Page
Follow Instagram (Mila Takda Instagram)
Klik Banner GA Sponsor
Klik Iklan
Hantar backlink

Semoga berpeluang untuk menang...Amin...