Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Dalam persahabatan, janganlah sekali-kali menjadi talam dua muka ataupun tikam dari belakang. Macam percintaan jugalah, persahabatan memerlukan kejujuran dan keikhlasan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa persahabatan ini juga ada peraturannya.
PERLU
Sikap hormat menghormati
Sikap ini perlu diterapkan oleh kedua-dua pihak dan bukannya hanya sebelah pihak sahaja. Dengan ini, masing-masing akan tahu menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain, sudah tentu orang lain juga akan menghormati kamu.
Berfikir positif
Dalam persahabatan, masing-masing harus ber fikiran positif dan sedia menerima kelebihan dan kelemahan antara satu sama lain. Sahabat yang sejati perlulah berani menerima teguran sebagaimana sahabatnya itu berani memberikan kamu teguran. Teguran itu tandanya sayang.
Belajar antara satu sama lain
Dalam persahabatan, pelbagai pengalaman yang akan kamu peroleh samada ianya manis ataupun pahit. Belajarlah daripada satu sama lain agar pengalaman dan pengetahuan baru dapat diperoleh setiap hari. Dengan ini, kematangan dalam menghadapi kesusahan mahupun membuat keputusan sukar akan dapat dipupuk.
JANGAN
Menghancurkan ikatan persahabatan
Janganlah hanya kerana masalah remeh-temeh menjadikan kamu dan sahabat memutuskan persahabatan. Kamu perlu bijak berkomunikasi dan saling berbincang dari hati ke hati dalam usaha memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah.
Cemburu
Sifat ini harus dilontarkan jauh-jauh. Tidak semestinya kamu bersahabat, maka setiap masa kamu perlu berkepit. Bersedialah menerima minat-minat lain sahabat kamu itu dengan hati terbuka tanpa perasaan cemburu ataupun memusnahkan minatnya itu.
Menyempitkan fikiran
Janganlah sempitkan fikiran kamu dengan pemahaman mahupun kepercayaan kamu sendiri. Sebaliknya, kamu perlu menghargai dan menghormati pendapat serta pandangan orang lain. Paling tidak pun, jadilah seorang pendengar yang baik.
Talam dua muka
Sikap ini harus dielakkan walau dalam apa hubungan sekalipun… Sebaliknya kamu perlu mengamalkan sikap jujur dan ikhlas. Dengan sifat ini, takkan ada hati dan perasaan yang terluka kerana sikap kamu itu. Hakikatnya, biarlah derita dalam kebenaran daripada bahagia dengan penipuan.
Campur adukkan masalah
Dalam persahabatan, janganlah campur adukkan masalah-masalh yang kamu hadapi dalam persahabatan. Memang betul kamu boleh meluahkan perasaan dan isi hati antara satu sama lain, tetapi jangan sampai sahabat kamu itu turut rasa terbeban dengan permasalahan yang sedang kamu alami.

Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity…
No comments:
Post a Comment
Baca je?.Tak Nak Komen Ke?