26 January 2013

Jihad Tetapi Masuk Neraka

Mila Jamil 26 January 2013,2:27 PM 2 comments
14 Rabiul Awal 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Rasulullah s.a.w memberitahu sahabat dalam salah satu peperangan tentang seseorang lelaki yang akan dimasukkan dalam neraka,,padahal lelaki tersebut turut sama berperang bersama Muslimin yang lain...

Para sahabat yang terkejut dengan khabar tersebut,,lantas mendekati lelaki tersebut untuk mengetahui perihalnya...Mereka mendapati dia berjuang dan berjihad dengan bersungguh-sungguh tetapi dia turut mencederakan dirinya...

Salah seorang sahabat menegurnya:"Celaka kamu!.Apakah kamu mencederakan diri sendiri padahal kamu telah berperang bersungguh-sungguh"Lelaki tersebut menjawab:"Sesungguhnya aku berperang kerana izzah diri dan supaya orang lain melihat keberanianku"

Kemudian,,lelaki tersebut meninggal dunia...Benarlah sabda Rasulullah s.a.w...Orang itu hanya mengharapkan dipandang mulia oleh manusia,,bukan Allah s.w.t...

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa yang ingin menjadi terkenal,maka Allah akan menjadikannya terkenal. Dan barangsiapa yang ingin riak,maka Allah akan memberikannya juga."
( Riwayat al-Bukhari )

Jadi,,janganlah kita niat nak berjihad tu untuk dipandang oleh manusia...Apalah sangat kemuliaan yang manusia boleh bagi kalau nak dibandingkan dengan kemuliaan yang Allah kurniakan di sisi-Nya...Cukuplah hanya kita dan Dia saja yang tahu apa-apa jihad yang kita lakukan...Ikhlaskan niat berjihad hanya kerana-Nya...
Betulkan yang biasa,,barulah biasakan yang betul....



2 comments:

  1. nice entry
    FOLLOW SINI..JEMPUT SINGGAH KE BLOG

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu,,thanks!.^^
      thanks follow...
      insya-Allah saya singgah nanti^^

      Delete

Baca je?.Tak Nak Komen Ke?