20 January 2013

Ku Seru Nama-Mu,,Kekasih

Mila Jamil 20 January 2013,12:19 PM No comments
08 Rabiul Awal 1434H
بِسْــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ku seru nama-Mu,,Kekasih
Mengetahui Kau hadir ke sisiku
Susah sekali aku mengecap manis mawaddah-Mu
Payah sekali aku mengjidu haruman rahmah-Mu
Setelah saf hayat hayat hanyut terurai
Dikisar godaan menggoyah mujahadah
Sehingga ujana taufiq dan hidayah
tidak lagi semerbak nawastu aqidah...

Betapa sukarnya perjalanan mencari mawaddah-Mu
Hampir-hampir aku keliru
Cuba kembali memburu destinasi takwa
Setelah selumbar mazmumah membelit qanaah
menusuk duri khali ruang kalbu
Hampir membuatkan kuterjatuh tersungkur
Saat bisanya menelan jihadku
Tertewasku tunduk kepada keadaan yang memaksa
Sehingga puing keimanan hakiki
Tidak lagi seiktikad haruman syahadah...

Kukumpul kembali sisa-sisa puing mawaddah
Yang hilang pada nafsu kehilangan akal
Setelah ranjau duri memagari sanubari
Melingkar liar mencengkam dahan mutmainnah
Sehingga lebatnya dedaunan muraqabah
Tidak lagi meratib butiran tasbih istiqamah...

Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini
kerana titisan air darinya mengalir seakan sia-sia
Aku malu dengan tangan ini
Yang sudah lelah mengelap air mata
Kerana laku pemiliknya
bBeku meratib untaian mutiara nasuha
Yang mengalir rahmah Rabbul Izzati
Dari gunung Lailahaillallah
ke samudera Allahuakbar
Dingin menghapus noda dan dosa
Hamba-hamba-Mu yang tidak pernah lelah
Membasahi lidah dengan ucapan cinta kepada-Mu...
________________________________________________________


Huhu,,sebenarnya ini sajak yang Mila reka masa pertandingan mereka sajak berunsurkan islamiah mase pesta tasawur islam...Haha,,Mila tak ambil pun subjek tu,,tapi cikgu masukkan Mila sebab Mila ni pandai mereka perkataan katanya...Kira boleh jadi seorang yang mahir bersasteralah...Bagi Mila,,biasa-biasa je...Dan alhamdulillah,,sajak ni dapat johan...



No comments:

Post a Comment

Baca je?.Tak Nak Komen Ke?